Selasa, 1 Mac 2011

Cara Nak Gunakan Gambar Berformat GIF Sebagai Banner Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai blogger sudah mempunyai banner blog yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing. Banner berformat GIF selalu menjadi pilihan utama kerana ia lebih menarik.

Tetapi saya rasa ada di antara blogger-blogger yang masih lagi belum tahu cara nak gunakan gambar yang berformat GIF sebagai banner blog.

Jadi saya akan beritahu cara yang betul dan mudah.


Langkah 1
Reka atau hasilkan banner blog anda menggunakan perisian edit gambar seperti Adobe Photoshop, Photoscape atau mana-mana perisian yang boleh menghasilkan gambar berformat GIF.
contoh gambar format GIF


Langkah 2
Anda perlu memuatnaik (upload in English) gambar GIF kepada server gambar yang menyokong gambar berformat GIF seperti ImageShack atau FreeImageHosting.
Ini adalah PENTING!! Jika anda salah pilih server gambar yang tidak menyokong gambar berformat GIF, gambar anda akan berubah menjadi menjadi statik!!


Langkah 3
Setelah gambar tersebut selesai dimuatnaik, anda perlu mendapatkan URL lokasi imej tersebut. Kebiasaannya, server gambar akan menyertakan maklumat mengenai URL lokasi imej bagi setiap gambar yang telah dimuatnaik.
Maklumat URL lokasi imej pada server ImageShack


Langkah 4
Anda salin URL lokasi imej gambar yang telah anda muatnaik, kemudian dengan menggunakan koding HTML, anda boleh gunakannya untuk menghasilkan banner blog anda ataupun gambar untuk entri-entri anda


SELESAI~

4 ulasan:

akufakhrul berkata...

ehem2...aku la pengkritik no.1! haha..dpt jgk tutorial ang nih..baru tau..wakaka

Redh Hder berkata...

haha..tahniah2 :P
boleh la amalkan ye en fakhrul..cara ni agak senang le utk jangkamasa panjang, ;)

Azreem berkata...

ada tak cara buat banner guna free software?
ataupun online application?
aku cari tapi macam tak jumpa pulak..
anyway, nice tutorial :)

Redh Hder berkata...

owh,ak biasa guna satu software free ni. nama dia Photoscape.
link download ad kt dalam entri ni.
kalau buat banner online plak,

http://www.mybannermaker.com/

tu la yg terbaik setakat yg aku pernah jumpa..yg lain² tu mcm merepek n xbest.


selamat mncuba keyh n thanks..:)

nt dah buat banner, inform la aku..
aku boleh letak kt banner section.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...